Diana dan Syamsul hanya teman biasa

26 Nov

SEBELUM menelusuri baris demi baris ayat yang disusun dalam artikel ini, ingin penulis ingatkan sesi fotografi ini diadakan bukan dengan niat melukakan hati sesiapa, atau cuba mengungkit kisah lama.
Sebaliknya, ia dilakukan atas dasar hebahan atau memaklumkan kepada peminat kedua-dua artis ini bahawa mereka bakal terbabit dalam program jualan amal kek coklat yang akan dianjurkan sedikit masa lagi.
Artikel ini juga untuk membuktikan antara Diana Danielle dengan Syamsul Yusof sebenarnya tidak ada persengketaan sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.
Sepanjang di lokasi penggambaran, Syamsul dan Diana kelihatan cukup mesra dan saling usik mengusik, seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.
Walaupun kisah perpisahan mereka pernah menjadi tajuk utama semua akhbar, Diana dan Syamsul sudah melupakan episod gelap itu.
‘Hampir dua tahun peristiwa itu berlaku dan saya juga sudah memadamkannya terus daripada ingatan. Apabila Bill Bora (pegawai publisiti acara amal terbabit) memberitahu saya akan bekerjasama dengan Diana untuk projek amal ini, saya tidak terkejut kerana sebelum ini saya sudah banyak kali menemuinya. Lagi pun dalam hal ini, saya lebih senang bersikap profesional.
‘Saya tidak pernah mencampuradukkan antara soal kerjaya dan juga peribadi. Apapun, kalau dalam persahabatan, saya selalu ikhlas dan saya tak pernah ambil pusing persepsi orang lain,’ kata Syamsul meluahkan pandangan.
Anak pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam, ini memang seorang yang berpegang pada janji. Walaupun mengetahui mungkin ada pihak yang akan terasa apabila melihat beliau bergambar dengan Diana, atas nama kerja, beliau tak kisah melakukannya.
‘Saya tak kisah bergambar dengan Diana, cuma saya hormati dirinya sebagai kekasih Farid Kamil. Apa-apa pun, awak (penulis) kena minta kebenaran daripada Diana sendiri,’ kata pemenang anugerah Pengarah Terbaik sewaktu Festival Filem Malaysia ke-23 sambil tersenyum.
Berubah seketika muka Diana apabila diminta bergambar bersama Syamsul.
Dalam keadaan serba-salah, Diana dengan penuh hormat meminta jasa baik untuk tidak merakamkan gambar mereka berdua bersama. Entah apa alasannya, tidak pula aktres jelita itu suarakan.
Apakah tindakannya itu ada kena mengena dengan gosip kononnya arahan itu datang daripada buah hati pengarang jantung Diana? Eh! Bukanlah. Itu cuma gurauan Syamsul saja.
‘Farid tidak boleh kongkong saya. Sebenarnya, saya tak mahu memanjangkan lagi kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan juga tidak mahu perkara ini menjadi fokus utama.
‘Tapi, itu bukan bermakna saya tidak boleh bekerjasama dengan Syamsul. Kalau betul kami bergaduh, tentunya situasi seperti sekarang ini tidak akan berlaku. Awak boleh tengok sendiri kan, kata pelakon Magika ini, sekali gus menepis dakwaan kononnya beliau tidak selesa digandingkan dengan Syamsul selepas episod putus cinta dulu,’ kata Diana. — BHM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: